Wednesday, 1 May 2013

Kuala Pahang Pekan

Tarikh     : 27-28 April 2013
Tekong   : Tekong Azhari
Ahli        : 8 anglers (atok / azam / syuk / mat / yoo /asyek / sepol / boy )
Hasil      : Kerisi / kaci / todak / kerapu / jenak tanda / mayong / merah / selar /kembong / ketam / sotong dll..

Dalam keadaan rakyat malaysia dalam mood pilihanraya dan sibuk berkempen untuk parti masing, TKAC tetap meneruskan trip yang telah dirancang sejak awal tahun. Secara keseluruhannya trip berjalan dengan lancar. Enam orang ahli TKAC bergerak dari Port Dickson jam 9 malam hari jumaat dan 2 orang ahli TKAC dari Kemaman. kami semua berjumpa di Masjid Kuala Pahang. Sepanjang perjalanan, pandangan kami dihidangkan dengan bendera-bendera parti politik dan gambar-gambar calon untuk PRU-13 nanti. Suasana yang begitu meriah di bumi malaysia ini.
      Jam 8 pagi hari sabtu, bermulah trip TKAC yang bergerak dari jeti nelayan Kuala Pahang. Lebih kurang dua jam perjalanan kami sampai di unjam pertama untuk memamncing anak ikan untuk dibuat umpan. seterusnya biar gambar yang bercerita.....:)

 Barisan Nasional punya bot
 makan dulu sebelum bot sampai
 Pakatan Rakyat Punya Bot
 Member baru TKAC-sepol
 Sibuk benar semuanya pasang senjata
 Tekong Azhari yang rajin cari lubok

 Sekilo RM 25

 Pasang umpan kembong nak tangkap tenggiri tapi lain lak yang makan...karau punya karau rupanya sekawan sotong. Tekong baru bercerita tentang ada tekong yang dapat candat sotong sampai 80 kg, tapi tak tahu dimana kandangnya. dulu memang popular kuala pahang ni dengan kandang sotong yang nelayan gelar telaga minyak, tetapi banyak pukat tunda haram masuk, habis semua diangkutnya, karang habis rosak. memang rezeki kami rupanya kami betul-betul di atas kandangnya yang baru, apa lagi tukar set pancing ikan kepada mencandat sotong lak. masa baru jam 2 petang tapi dah macam pesta sotong lak...turun candat angkat sudah kena sotong...tenggiri takdak, sotong pun Alhamdulillah...hasilnya lebih kurang 40 kg sotong. kalau semua bawa set candat mahu lebih lagi tu...
 tak sampai sejam dah banyak ni...
 atok
 asyek
 azam-the king of todak
 kerisi
 ini hasil dari bubu
 yoo apollo
 memang sedap habis hingga menjilat jari
 zam todak-dia ni jer yang strike ikan besar, dua ekor todak
 atok master
 merah dan jenak tanda
 macam-macam ada


1 comment: